Syahadatul Haq

Buku : Syahadatul Haq
Tulisan : Abul Al- A'la Al-Maududi


Penyaksian terhadap kebenaran!


(Ucapan ini disampaikan oleh al-Maududi, Pemimpin Jama’ah Islam, di dalam suatu majlis yang diadakan di Bandar Sayyal Kaut, salah sebuah bandar di Barat wilayah Punjab. Melalui ucapan ini al-Maududi menjelaskan erti dakwah Islamiyyah. Di samping menjelaskan kepada sidang hadirin pendekatan secara teori dan praktikal yang digunakan oleh Jama‘ah Islam.)


“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Dengan kata lain mereka perlu menjelaskan ke seluruh alam, kebenaran yang bakal memimpin mereka menggunakan jalan yang lurus, cara yang betul dan amalan yang berkekalan. Manusia akan diberikan balasan berdasarkan amalan mereka. Mereka juga akan dihukum berdasarkan kejahatan dan amalan keji yang dilakukan mereka.


Pembahagian Syahadah:
1) Syahadah perkataan
2) Syahadah perbuatan
3) Syahadah dan realiti ummah


Jalan Kami
Ringkasnya, hala tuju dan sasaran kami ialah agar umat Islam mendokong kebenaran melalui kata-kata mereka di hadapan seluruh manusia, dengan pengakuan yang sebenar dan meyakinkan seluruh manusia tentang ajaran agama ini, meyakinkan mereka bahawa ajaran agama ini adalah ajaran yang benar. Syahadah ini iaitu syahadah sebenar dan usaha ke arah memartabatkan agama hendaklah menjadi objektif utama seorang muslim dan suatu yang paling utama perlu diusahakannya. Syahadah ini sepatutnya menjadi paksi yang memusatkan segala amalannya di dunia ini dan sepatutnya menjadi matlamat yang menggembeling segala tenaga dan usahanya.


Agar dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan diberi!

0 comments:

Post a Comment