Generasi Pemuda dan Perubahan

Buku : Generasi Pemuda dan Perubahan
Tulisan : Fathi Yakan 



Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak - pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. 


Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."


Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.


Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? 
Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? 
Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?


Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan
Perubahan).
Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?


Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.


Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:


1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.


Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas.


Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain
pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Allah swt. berfirman:


dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Kuasa. (16:70)
Read more

Manhaj Hidup Muslim

Buku : Manhaj Hidup Muslim
Tulisan : Al-Maududi dan Sayyid Qutb

Muqaddimah 
Risalah yang bertajuk "Lailaha IllAllah: Manhaj Hidup Muslim" ini sudah memberi gambaran bahawa kandungan-nya khusus membincangkan  hubungan kalimah Lailaha IllAllah dengan perjalanan hidup mereka yang digelar Muslim. Ya, memang tidak syak lagi kita merasa berkewajipan menjelaskan secara terperinci pengertian kalimah syahadah setepattepatnya untuk kefahaman seluruh ummat Islam, kerana itulah kewajipan paling awal yang wajib kita dahulukan. 

Sebelum membincangkan pokok-pokok Islam yang lainnya sebagai manifestasi dari  kefahaman dan keyakinan dari kalimah syahadah, seseorang Muslim itu wajib memahami Kalimah Syahadah yang dilafazkannya. Adalah menjadi satu kecacatan yang amat besar dan dapat dikatakan keganjilan yang sungguh aneh apabila seseorang yang digelar Muslim tidak memahami konsep atau tasawwur Kalimah Syahadatain yang diucapkannya sebagai pengakuannya menerima ajaran Islam sebagai agamanya dan mengaku pula dirinya bergabung dengan kelompok ummat manusia yang digelar Muslim. 

Sesungguhnya Kalimah Syahadatain yang wajib dilafazkan oleh setiap Muslim itu mempunyai makna dan kesan yang amat mendalam bagi kehidupan seorang Muslim. Lafaz tersebut merupakan satu iqrar dan pengisytiharan bahawa dirinya telah keluar dari sebarang bentuk perhambaan sesama makhluk dalam apa jua bentuk sekalipun. Sebaliknya dengan  iqrar itu ia telah mengisytiharkan bahawa kepada Allahlah ia meng'abdikan diri dalam keseluruhan hidupnya: begitu juga dengan peraturan  dan undang-undang hidupnya di mana hanya undang-undang dan peraturan yang datang dari Allah dan RasulNya sahaja yang layak menjadi panduan dan pegangan hidupnya. 

Pegangan dan kepatuhan ini adalah manifestasi dari  pengakkuan tauhidnya bahawa Allahlah mencipta 'alam ini, pemiliknya dan Dialah  yang mentadbir seluruh 'alam ini. Allahlah Tuhan Yang Maha Sempurna sifat ketuhananNya dan suci Ia dari sebarang kecacatan dan kerendahan yang terdapat pada makhluk. Mengaku kesempurnaan dan ketinggian sifat-sifat Allah bermakna mengaku kesempurnaan dan kemulian undang-undang dan peraturan ciptaanNya. Oleh yang demikian bagi seorang Muslim sudah semestinya pengakuan Syahadahnya diikuti dengan 'amalan yang menyempurnakan tuntutan iqrarnya itu. Tanpa kefahaman dan 'amalan di atas ia tidak berhak sama sekali mengaku dirinya sebagai Muslim apalagi sebagai Mu'min kerana iqrar yang dilafazkan itu adalah iqrar palsu yang tidak ada makna dan isinya. 

Kenyataan ini dapat ditegaskan berdasarkan kepada sebuah hadith Nabi SAW yang mulia; Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah 
sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal. 

Dalam sebuah hadith Rasulullah yang lain, Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: 
Iman itu ialah pengenalan (pengakuan) dengan hati, ucapan dengan lidah dan 'amalan 
dengan anggota badan.

Kedua-dua hadith yang mulia ini membuktikan bahawa Iman itu adalah hasil pengakuan kebenaran di dalam hati, dan dikuatkan dengan iqrar dengan lidah serta dibuktikan dengan 'amalan-'amalan dan perbuatan yang dituntut oleh kalimah itu.  InsyaAllah bab berikut ini kami susunkan beberapa tulisan dua tokoh besar gerakan  Islam; Al-Syahid Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abu A'la  Al-Maududi yang kami kutip dari beberapa buah buku tokoh-tokoh ini. Buku ini mengandungi lima belas bab semuanya, di mana sebelas bab yang pertama dari buku ini adalah dari tulisan Al-Ustaz Maududi mana manakala yang selebihnya adalah tulisan Al-Ustaz Al-Syahid Sayyid Qutb. 

Saya percaya, InsyaAllah perbincangan dan kupasan yang dikemukan dalam risalah ini  akan memberi manfaat yang amat besar kepada para pembaca sekelian khususnya para pelajar  yang belum lagi mendalami tasawwur Islam dan hubungannya dengan 'aqidah. Dengan  penerangan-penerangan dan kupasan-kupasan yang tegas dan mudah difahami ini para pembaca akan dapat melihat dengan jelas hubungan di antara 'aqidah dengan syari'at dan 'ibadat yang merupakan dasar dan intisari yang paling penting dalam ajaran Islam. 

Penyusun dan penyunting 
Hafid Muhammad 'Uthman 
14hb. Desember, 1984.
Read more

Iman dan harakah

Buku : Iman dan harakah
Tulisan : Hisyam Soqr


Buku ini merupakan gabungan peristiwa yang telah berlaku berdasarkan kisah yang diceritakan oleh Rasulullah dengan realiti dakwah hari ini, dan pengajaran yang diutarakan dikemukakan dalam bentuk cukup menarik. Diharapkan dengan buku ini dapat mengembalikan kepercayaan para da'i bahawa sejarah yang telah berlaku adalah bekalan berharga untuk mereka meneruskan 
perjuangan para Rasul.


Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah  daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:  


“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. 
Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; 


“Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.” 


Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. 


Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat.” Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang 
ramai. 


Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui  adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang. 


Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. 
Maka rahib berkata, “Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya  kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” 


Ghulam  tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit. Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak. 


Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan ini adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepadaNya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” 


Lalu beliau beriman, maka Allah menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan, siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” 


Beliau menjawab; 
“Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliau menjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa menghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikian  lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. 


Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut. 


Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan kamu?” ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika ,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia berdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang dilakukan oleh kawankawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata;  “Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan 1  lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah 
“Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku. Sekiranya kamu 
melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” 


Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhan  ghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; “Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam.” Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah  menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembali  kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.” 


Sahih Imam Muslim. 


Firman Allah; 
“Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi 
bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka 
menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan 
mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman 
kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji.” 
(Al-Burujj : 4-8)
Read more

Enjoy your life

Book : Enjoy your life
Author : Dr. Muhammad Adb Al-Rahman Al-Arifi 


This is an exquisite collection of incidents from the life of the Prophet (S), stories from our Islamic Heritage, and thought-provoking anecdotes from the life of the author. The aim of the book is to train the reader to enjoy living his life by practicing various self-development and inter-personal skills. What is so compelling and inspiring about this book is that, in order to highlight the benefit of using social skills, the author draws from the lives of the Prophet (S) and his Companions. 


This book is both a practical systematic guide to self-improvement and a treasure trove of historical incidents. It increases self-awareness, whilst nurturing the soul and strengthening the spirit.


The book's author is a prominent figure in the field of Islamic Da'wah and has authored more than twenty published works.
Read more

Bekalan di sepanjang jalan da'wah

Buku : Bekalan di sepanjang jalan da'wah
Tulisan : Mustafa Masyhur 



Buku “Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah” merupakan buku yg sewajarnya dibaca dan lebih-lebih lagi dihayati oleh para dai’e dan aktivis gerakan islam. Dalam keghairahan menyambung tugas Ar-rasul menyampaikan mesej islam kepada segenap manusia, para dai’e harus menyedari bahawa mereka sendiri perlukan bekalan yg cukup bukan sahaja dari aspek ilmiah tetapi juga dari aspek imaniyyah dan ruhaniyyah. Hanya hati yang bersih dan penuh keimanan sahaja yang mampu menyentuh hati-hati lain untuk turut sama berada dalam “gerabak” dakwah ini menuju redha Illahi.


Seiringan dengan ini, penulis meletakkan penekanan yang jelas pada permulaan buku tentang keutamaan jalan dakwah ini dalam hidup seorang daie dan kepentingan memeliharanya. Setiap langkah dalam jalan dakwah ini diiringi dengan tuntutan demi tuntutan, samada dalam bentuk kewajipan mahupun dalam bentuk pengorbanan. Di samping itu, penulis juga mengutarakan beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka yang memilih jalan dakwah ini. Semua ini memerlukan bekalan IMAN dan TAKWA yang utuh untuk setiap daie menghadapinya. Pada pendapat saya, bab ini telah dikupas dengan begitu teliti dan dengan penuh penghayatan oleh penulis melalui pengalamannya yg bergitu luas sebagai salah seorang peneraju utama gerakan dakwah islam di Mesir; Ikhwanul Muslimin.


Setiap pembaca yang melalui permulaan buku ini tadi dengan hati yang terbuka dan mengharapkan petunjuk Illahi, pasti akan teruja utk meneruskan pembacaan pada bab-bab seterusnya utk mengetahui apa sebenarnya BEKALAN yang diperlukan itu dan wasilah-wasilah yang ada untuk memperolehinya. Hanya hati yang dengan jujurnya merasakan bertapa perlunya kita kepada bekalan-bekalan tersebut, akan dapat menghayati keseluruhan buku ini dengan sebenar-benarnya. Hati-hati ini akan tertunduk dengan penuh kesyukuran bila menyedari bahawa Allah, dengan segala belas ihsanNya kepada hambaNya, tidak pernah meninggalkan kita untuk menempuh liku-liku jalan ini dengan bersusah-payah tanpa petunjuk dan bantuan dariNya. Ini kerana pada akhir buku ini, kita akan menyedari bahawa Allah telah menyediakan pelbagai BEKALAN dalam setiap kata-kata, ciptaan dan pemberianNya, jika kita punyai hati yang cukup celik untuk menyedari hakikat tersebut.


Semoga buku ini menjadi daya penolak untuk setiap daie menyediakan diri mereka dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi jalan dakwah ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir insyaAllah.


Sumber : 
http://msmonline.net/v1/?p=315
Read more

Virus - virus ukhuwwah

Buku : Virus - virus ukhuwwah
Tulisan : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah



VIRUS-VIRUS UKHUWAH
1. Tamak akan kenikmatan dunia
2. Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama  
3. Tidak santun dalam berbicara 
Contoh Gaya Bicara yang tidak Etis 
a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar 
b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak menghargai Keberadaannya
c. Bergurau Secara Berlebihan 
d. Sering Mendebat dan Membantah
e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan 


4. Sikap acuh
5. Mengadakan perbicaraan rahsia
6. Keras kepala dan enggan menerima nasihat dan saran 
7. Sering membantah, berbeda sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
8. Memberi teguran di depan orang lain
9. Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan
10. Mudah percaya terhadap hasutan orang - orang yang mengadu domba dan memendam dengki 
11. Membuka rahsia
12. Mengikuti prasangka
13. Mencampuri masalah peribadi
14. Egois, arrogant, tidak berempati dengan penderitaan saudara, dan tidak memperhatikan masalah serta keperluan-keperluannya
15. Menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung-menghitung kebaikannya kepadamu
16. Enggan mengunkapkan perasaan cinta, menunjukkan indikasi atas hal - hal yang dapat menyuburkannya dan enggan membela sahabat ketika disebut aibnya. 
17. Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia 
18. Suka menonjolkan kelebihan peribadi, mencari muka di depan objek da'wah (mad'u), dan ingin menguasai mad'u dengan cara menunggangi sahabat 
19. Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat 
20. Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuat resah. 
21. Terlalu cinta 


Read more